Monday, April 23, 2012

Indonesia Trip (Padang, Bukit Tinggi, Pekanbaru)

Nak citer pasal trip bulan 2 hari tu to Indonesia. Kitorang pegi 4 hari 3 mlm. Tiket ni dah beli since last year lagi, biase la AirAsia promo. Memang murah sesangat sampai by the time nak pegi rasa mcm x nak pegi pun xpe la..haha..i ler tu yg nak x nak je pegi. Penat woo masa tu baru pas out station keje byk..balik out station jumaat mlm baru sampai umah, sabtu pg g buat passport (dah expired dong) then masuk opis settle2 keje..balik umah tido jap, bangun packing terus gerak g KL. Our flight pagi Ahad tu kul 8am. Pagi2 buta pegi Airport.

Flight KL to Padang took about 2 hours. Sampai Padang pagi lagi, my dad terus arrange transportation rent 1 avanza for 4 of us. Terus zass ajak pak supir cari tmpt breakfast.

Mee Ayam + es jeruk. First time makan. Sebelum ni biase g Jakarta/ Bandung xde nampak plak. Rasa sedaappp. Banyak kali makan.


Kedai kerepek christian ape ntah nama pelakon tu. Padang, Bukit Tinggi mmg byk ah perusahaan kerepek2 camni. Tak minat sgt..huhuh..


Jambatan Siti Nurbaya. My parents dok dalam kete je.
 I ngan my sis je beriya keluar amik gambar sume.
Padang ni jauh beza dari Jakarta ye. Kawasan kampung jer..tapi mcm tenang dan damai la. Kitorang x stay overnight pun kat Padang pasal setengah hari dah x tahu nak buat apa. So tengahari tu terus zass pegi Bukit Tinggi. Oh yer, for this trip mcm biasa my dad mmg xde laa nak book apa2 hotel pun. Main terjah je katanya. So it took about 2 hours nak sampai Bukit Tinggi. Masa untuk Tido.


On the way naik Bukit Tinggi dah nak sampai tu tepi2 jalan tu uols akan nampak banyak la kedai2 jual kain. Sambil2 tu boleh stop singgah. Ala pak supir korang tahu la tu. Bukit Tinggi ni konon2 kawasan peranginan atas bukit sejuk cam Cameron Highland tapi nan hado xde sejuknya pun. Barang2 yang dijual, kain sulam Bukit Tinggi yg femes tu, kain telekung sulam, blouse sulam, kebaya sulam.

Kedai makan pun byk we all singgah satu kedai nasi padang yg kekonon femes, lupe ntah name apa tp x best pun. Hik2. Dah sampai atas tu terus zass cari hotel.


On our second day,  pagi2 melawat Lobang Jepang. Kawasan history. Kitorang diri2 amik gambar luar tu. Tourist guide beriya suruh masuk lubang terowong tu, katanya tembus tempat lain tapi x masuk pun.




Jam Gadang. Kat sini ada 1 pasar besar yg jual kain2 and bahan2 makanan mcm kerepek2 tu. Souvenir pun banyak. Boleh la singgah and beli2 sikit.


On our 3rd day. Nak gerak pegi Pekanbaru. Tetiba kena tukar kete lain.


Dari Bukit Tinggi nak ke Pekanbaru amik masa 6 jam. Jauh woo. And jalannya mak ko oii. Bukan highway ok. Masa stop kat kedai makan pak supir tunjuk bukit ni and bagitahu pekanbaru kena rentas bukit tu. woo woo. Tanye pak supir kalau pegi Jakarta naik kete berape lame pulak. Dia jawab 2 HARI. Ah forget it la.

Sampai pekanbaru terus pegi hotel. Kali ni dah siap booking kat Agoda. Kitorang stay kat hotel Pangeran. Best best hotel ni. Siap ada shuttle pegi Airport and ada kete boleh bwk jalan gi tempat2 pelancongan. Last day tu kitorang dah x sewa kete. Pak supir dah lari haha. Malas ah nak citer.

Owhh pekanbaru lebih kurang mcm Jakarta. Bandar besar dan moden. Tempat2 best i x sure sangat. Cuma ada pegi 1 market tu je. Tapi sebenarnya brg2 dijual same je mcm Jakarta. So kalau tanye i, i prefer pegi Jakarta/ Bandung jer. Tapi flight pekanbaru to KL cuma 40 minit jer.


Sepanjang 4 hari tu i beli simkad kat Indon 35k Rupiah untuk masukkan dalam ipad and tahan sampai balik kat Airport pun leh online lagi. Nampak sgt x boleh hidup xde internet.



Okeh that's all about our 4 days 3 nights trip yg i berjaya masukkan semua sekaligus dalam 1 post heheheh..




5 comments:

kira said...

Pekanbaru macam jakarta?? sah la ni tak penah pegi jakarta..

Ms. Omey said...

Fyi, almost every year i pegi jkrta, sometimes twice a year pun. That's just personal point of view :)

Cindy said...

bole kasi no tepon pak supir? nak ke nov ni.. :)

Cindy said...

bole share kan no tepon pak supir?

Cindy said...

bole mintak sharekan no tepon supir kat pekan baru?