Monday, November 8, 2010

hidup


Kadang-kadang bila waktu-waktu macam sekarang. Bila terasa mahu mengeluh. Atas banyak alasan. Kerja yang melambak seperti tidak mahu cukup kaki dan tangan. Kawan-kawan yang entah mana menghilang. Adik-beradik yang selalu memeningkan kepala. Teman lelaki yang kadang-kadang seperti tidak mahu memahami. Orang tua yang asyik mengulang benda yang sama. Tapi terpikir sejenak. Terpandang berita. Mereka-mereka yang kehilangan nyawa dalam letupan Gunung Merapi. Mereka-mereka yang kehilangan rumah dan tempat berlindung dalam banjir di Kedah. Berapa ramai yang kehilangan orang yang mereka sayang? Berapa ramai yang merana hilang harta benda? Rasa bersyukur. Kerana kerja yang banyak menandakan masih ada rezeki. Adik-beradik itulah yang selalunya jadi tempat bergurau. Kawan-kawan walau jarang jumpa sesekali masih bertanya khabar. Teman lelaki walau ada masa-masa membuat kepala kusut, tapi tetap pada kebanyakan masa membuatkan hati riang. Dan orang tua, takkan pernah boleh bayangkan macamanalah kehidupan tanpa mereka. Bersyukur rasanya kan?

Jadi, teruskanlah hidup dengan apa adanya.


P/s: Sangat kepenatan sebenarnya. 

No comments: