Wednesday, September 1, 2010

Pahit







Saya bukan manusia sempurna.


Selalu cepat naik darah. Baran sangat. Pantang ada benda tak kena. Mula rasa nak tinggi suara sikit. Tapi marah saya tak pernah berpanjangan. Sekejap pun dah boleh reda. Rajuk saya bukan tak ada sudahnya. Dan kalau saya salah, tak pernah sekali saya rasa ego untuk meminta maaf atau memujuk.  Oh saya jugak kuat cemburu. Kalau tak ada sebab tolong jangan layan perempuan lain lebih-lebih yer. Dan perempuan-perempuan lain pun janganlah nak melebih-lebih pulak. Saya bukan jenis manis mulut peramah suka layan orang pandai bercerita. Saya lebih suka diam kalau dengan orang tak berapa kenal. Dan saya tak pernah kisah pun kalau orang tak nak cakap dengan saya. Hiii. 

Kebelakangan ni hati selalu tak tenang. Tak tahu kenapa. Selalu saya nangis sendiri malam-malam sebelum tidur. Nangis balik bila bangun tidur. Pergi kerja tak nangis. Tapi kadang-kadang tengah-tengah kerja saya masuk bilik air nangis kejap. Tapi saya pastikan takde orang tau. shhhhhh..(pasni kalau ada baca blog ni taulah)..Kadang-kadang saya rasa macam tak ada orang boleh paham saya. Takde siapa tahu ape yang saya nak sebenarnya. Tapi saya tahu Allah tahu. Awak tengok, saya macam orang lain jugak kan. Ada masa saya gembira. Tapi saya ada masa-masa sedih saya. Ada masa-masa 'sendiri' saya.  Ada masa dalam pada nak menangis saya cuba untuk ketawa, cuba untuk senyum, cuba untuk berlawak. Saya fikir mungkin boleh buat orang sekeliling saya gembira. Tapi siapa saya ada untuk gembirakan diri saya? 

Saya buat benda yang saya selalu buat bila saya rasa down. Shopping. Saya pergi Singapore, pergi warehouse sales. Saya beli kasut baru. Kasut baru selalu buat saya teruja. Tapi tidak untuk kali ini. Dan saya berpikir, mungkin 100 pasang kasut pun takkan mampu buat saya senyum semula seperti sebelumnya. Mungkin bukan kasut baru yang saya perlukan ketika ini.  

Jujurnya saya manusia biasa. Ada banyak kekurangan. Tapi ada jugak kelebihan. Dan kalau lah awak boleh melihat kelebihan saya dalam kekurangan-kekurangan yang saya ada. Alangkah baiknya. 

Dan kenapa ye, dalam pada masa kita dikelilingi ramai orang, itulah sebenarnya masa yang kita paling rasa sangat sunyi. Terlalu. Kenapa bila kita rasa kita ada segala-segalanya, sebenarnya bukan satu pun milik kita?


2 comments:

ederq said...

omey! hang in there. memang ada time2 down mcm ni. esp bila ada something yg buat kita rasa upset and down sgt2.
tak ada apa yg boleh make u feel better except, think positive. and time will heal.

Ms. Omey said...

true, mmg takde ape yg boleh make me feel better, just maybe ada certain thing/ person boleh buat at least rasa kuat sikit ke dr rasa down sgt2...