Sunday, June 20, 2010

Our Trip 2 Jakarta

Pehh..gila punya basi dah citer ni tapi takpe lah update jugak lah for the record ye. Masa kat Jakarta lagilah takde banyak amik gambar. So i'll just citer pasal few places yang i visit je lah ye and some of my experience there.

Hotel

I suggest kalau nak stay kat Jakarta amik hotel area Jalan Wahid Hasyim. Tempat ni memang agak happening. Sepanjang jalan tu berderet hotel. Ikut bajet sendiri lah. Yang senang kat sini tepi2 hotel banyak kedai makan. Dan ada 2 shopping complex yang walking distance. We all stay kat Ibis Hotel. For me, this hotel ok lah. Bilik ok, breakfast ok, harga ok. WH ni pun sangat dekat dengan Plaza Indonesia. Macam pavillion Malaysia lah. Boleh naik bajai tu je. One more, it's better to avoid stay at 5 stars hotel such as ritz-carlton or marriott. Kena bom kang susah plak.

Tanah Abang

Mind you, for a first timer yang datang sini mesti punyelah akan sesat, tak cukup masa shopping pasal banyak buang masa tengok-tengok je dulu and mungkin kalau takde orang guide takkan jumpa pun ape yang nak dicari. I've been to jakarta for about 7-8 times and for each visit, never missed this place. Mesti nak pegi jugak! Tips yang i boleh bagi kalau pegi sini: 
  • Once nampak ada kedai jual benda yang you berkenan MESTI terus beli. Jangan pikir nak survey2 lagi ke or pikir nanti2 nak dtg balik. Trust me, kebarangkalian u nak jumpa balik kedai tu adalah kosong kalau u tak familiar dengan tempat tu. For me, i tak suka kalau balik hotel baru terpikir2 napelah tak beli je benda yang i berkenan tu.
  • In case u came by group, then u dah janji siap2 certain time and certain place to meet after shopping, tolonglah jangan janji nak jumpa kat escalator ke kat lif ke atau kat tingkat berape2 ke. Seriously, u might end up waiting at different escalator for both party! Better cari 1 kedai dekat escalator/ lif tu, then u jot down nama and no. kedai tu so in case masing2 hilang pandailah nak cari balik nanti. Its easier that way coz no kedai2 kat situ boleh kata tersusun and senang gak la nak cari.
  • Bargaining skills are very important ye ladies. Even memang la barang tu dah murah pun kalau nak compare kat Malaysia but still, try lah dapatkan harga yang paling best.
  • Crowd kat Tanah Abang ni pehhh memang menguji kesabaran. Since its open around 8.30 i would advise datang pagi2 ke sini. Pasal by noon orang memang dah ramai sangat. Kalau nak jimat masa taknak keluar makan, boleh naik food court kat tingkat atas sekali. Tempat makan tu ok sangat. 
Mangga Dua

I dont really like this place. Kalau takde menda selalu pegi Jakarta pun tak nak singgah. Ape yang ada kat sini? Imitation handbag banyakkkk. Tokey LV kalau tengok pun sure boleh nangis tengok handbag diorang bersepah2 sini.Hahah. Accessories pun banyak kat sini. Baju pun ada sikit2. Tapi tempat ni tak berapa crowded cam tanah abang. Agak menyenangkan untuk berjalan2.

Makanan
  • Nasi padang adalah my favourite ok! Some of Rumah Makan yang best, Natrabu, Garuda, Sederhana, Simpang Raya. Ni nama2 rumah makan yang ada banyak cawangan kat sana. Harga boleh tahan ye. Nak kata murah sangat pun tak jugak. Kadang2 gila jugak charge tu.
  • Sate Indon. Kat sini takde sate lembu. Diorang makan kambing. Beza sikit dari sate Malaysia tapi sedap.
  • Bakso. Ada satu warung bakso kat Jalan WH memang feveret family i. Sedap giler. Skang pun teringat2 nih.
  • Ayam Goreng Suharti. Cawangan diorang ni dah macam KFC plak. Tapi memang sedap. Worth to give it a try. Lagipun bosan jugak kalau tiap2 masa nasi padang.
  • Bab makan ni depends pada taste u jugak. For me i tak berapa fussy sgt pasal food nih. Kalau dah namanya makanan tu asal boleh makan memang telan je lah. For breakfast better include kan sekali ngan hotel. Pasal sini pagi2 kul 7 pun orang dah start hidang nasi padang. Susah sikit nak cari kedai ada jual breakfast.
Sebenarnya ada banyak lagi tempat-tempat boleh pegi kat sana. Antara yang i penah pegi Taman Mini Indonesia. Best jugak. Then kat sana pun ada taman tema. Shopping complex berlambak. Antara yang i suggest Plaza Indonesia and Plaza Senayan. Tempat shopping murah2 selain Tanah Abang ngan Mangga Dua pun banyak. Jati Negara, Blok M, Chepulir. Ada yg i penah pegi. Tapi pegi Tanah Abang pun dah cukup sebenarnya. Some more TA ni yang paling banyak choice and tempatnya pun lebih selesa walaupun crowded.



Okeh that's all i think i can write to sum up my trip to Jakarta :)



Sorry ladies, pic tak banyak. Pic sendiri je ada. Heheh.

With 2 lovely kids at Natrabu

3 comments:

amiza said...

bestnyer..nak pergi jakarta la plak lepas ni..:)

d.a.m.i.q.u.l.a said...

ish teringinnya nak pi jakarta.kat sane u pakai supir ke jalan2 sdri je?

Ms. Omey said...

miza: yeah pasni boleh la plan pi jakarta plak.

damiqula: pasal trip ni ramai so i rent car and pakai supir tp kalau pegi tak ramai naik teksi je.