Wednesday, June 2, 2010

Entri Bandung

So here it goes about our trip to Bandung on 23rd June. Gambar recycle dari fb. For this trip i tak teruja nak ambik banyak sangat gambar pasal dalam kepala asyik fikir shopping jer. heheh.

Actually this is my 2nd time went to Bandung. My 1st time was last 3 years kalau tak silap. Masa tu pegi sefamily berenam. This time i pegi berempat belas orang. Family side my mum. So we depart on 23rd morning around 9.30 am from LCCT.  Untuk 1st day tu my dad dah sewa 1 Innova dan 1 Kijang untuk round Bandung. Oh ye, Kijang adalah panggilan untuk Avanza di Bandung. Sungguh tak menerujakan sekali. Tapi the rent is quite cheap tau. Dalam 300 ribu rupiah lebih kurang RM100 je sehari. Tips: kalau nak sewa kereta lebih murah jangan book melalui travel agency cari dalam internet atau beli surat khabar indon tengok kat advertisement.

Berempat belas. Time amik gambar ni macam slack sikit tu yang i nampak gemok walaupun sebenarnya tidak (statement denial)

Arrived Bandung around 11 am. Check in hotel. We stay kat Kedaton Hotel. After check in, solat terus pegi lunch at Rumah Makan Sederhana. Yeah yeah makan nasi padang. Tapi i makan sikit je. Ok i lied tambah nasi pun sampai 2 kali. Kalau you all pegi sana makan nasi padang jangan lupa mintak lauk otak sapi (lembu). Sedap tau ramai tak berani nak cuba tapi i bedal je semua. haha.


Kedaton Hotel

After lunch tanpa berlengah lagi terus menuju ke pasar baru untuk menghabiskan jutaan rupiah yang ada. Boleh rambang mata tengok kain pasang yang ada. Terus memborong konon untuk baju raya tahun ni tapi tengok gaya membeli macam nak wat stok baju raya sampai 2015 pun yer jugak. Mak-mak sedara pun memborong telekung, kain batik. I rasa harga Bandung ada murah sikit la compare to Jakarta tapi depends pada skill tawar-menawar jugak yer.



After Pasar Baru we went to Factory Outlet Rumah Mode. Kat tempat ni i je yang shopping kot pasal yang ada pun  branded jeans, clothes more to untuk orang-orang muda.  Makcik-makcik i tak berapa sangat. Not their cup of tea maybe. Dalam rumah mode tu ramainya orang Malaysia. Tiba-tiba dah rasa macam kat negara sendiri plak. Then pegi cari tempat dinner. 


For our first nite dinner, tempat makan yang pak supir bawak agak tak meyakinkan. Macam kawasan food court ada banyak kedai. Cantik tempat tu cuma dari segi makanan halalnya. We all pegi kedai yang ada tanda halal and we did ask them jugak halal tak. Tapi bayangkan lah kalau deret tu ada pulak kedai tulis menu 'sate babi manis' and ada satu kedai khas jual kodok! Siap ada banner menu 'kodok berkuah' ngan 'kodok goreng mentega lagi'. Seriously i'm not exaggerating. Tawakkal je lah. Dah memang masa tu dah duduk order pun. Tapi kedai yang we all pegi memang halal. Cuma tak sedap la ngan kedai lain area situ. Maybe kat Indon diorang memang tak kisah kot. After that we head back to hotel dan diteruskan dengan aktiviti spa. Tapi i tak buat pun pasal dah rasa kulit mulus gebu bagi chance kat orang lain pasal hotel tu ada 3 bilik spa je :(



The next day sepatutnya plan pagi tu nak pegi takuban perahu tempat volcano tu tapi program tu cancel sebab..err..kaum-kaum wanita lebih rela pegi pasar baru balik! haha. So buat la 2nd round kat sana. After that we went to area Jalan Chempelas. Sepanjang jalan ni ada factory outlet, kedai jeans, shirt, souvenir. Kat Bandung sebenarnya ada banyak sangat factory outlet. Factory outlet 'Anakku' pun ada kat situ. Bukan setakat baju-baju, kasut dan beg pun ada. So it depends pada apa yang u cari and minat. Tapi Pasar Baru mesti pegi.


After had our lunch we all terus gerak ke Jakarta. From Bandung to Jakarta, ada 2 jalan boleh lalu. 1 option ikut highway which is dalam 2 jam dah boleh sampai. Another option ikut jalan puncak lebih kurang jalan macam nak pegi Cameron sampai puncak boleh singgah situ jap. Area situ ada Masjid Puncak yang famous dan Indonesia Safari Park. Cuma kalau ikut jalan puncak ni ambik masa 4-5 jam baru sampai Jakarta pasal jalan agak jem. Tapi best, along the way tu u boleh observe kawasan kampung situ ada banyak pemandangan dan Masjid Puncak adalah sangat cantik! So we stop kat Masjid tu solat, amik gambar then sambung balik pegi jakarta. Safari tak pegi dah lewat tapi i dah penah pegi masa 1st time datang dulu and ok lah tempat tu ada banyak binatang (serius tak perlu lah mention banyak binatang dah namanya safari kan heheh). And yeah another option boleh jugak naik keretapi from Bandung to Jakarta. Cuma kalau dah banyak sangat barang shopping i rasa agak hassle.



The Mosque

View of Masjid Puncak


One of the rules kalau nak masuk masjid ni kena lalu satu kawasan air mesti pijak kaki dalam tu untuk bersihkan kaki. Nak lompat pun tak lepas, nak cari jalan lain pun takde. Air tu memang sentiasa mengalir ke waterfall kiri kanan. Semua entrance nak masuk masjid ada. Takkan terlepas. Tujuannya pasal shoes are not allowed so nak pastikan kawasan masjid bersih.


cuci kaki dulu


Itu saje tentang Bandung. 
So coming up next adalah cerita masa di Jakarta.
Next tu tak pasti bilalah heheh.





5 comments:

~ As ~ said...

heaven btl shoping kat pasar baru tu kan...huhuhuhu..smpai tak larat nak jalan...

miss R.e.p.u.n.z.a.L said...

interesting nye psl masjid Puncakni..
never heard before lah omey..
siyes cantik...teruja di situ..
jum bandung before raya..teettt..hehe

Ms. Omey said...

As: yer boleh spend hours kat situ pun x kisah. [enat nak jalan satu hal penat nak bwk brg shopping lagi.

Linda: best tau linda i dah 2 kali pegi kwsn puncak tu sejuk cam cameron. nak pegi indon lg ke this year?? ish diaa niii..heheh..

amiza said...

bandung mmg a shopping heaven. aku tak pergi plak masjid puncak tu..even pasar baru pon tak habis ronda sbb kat situ panas

Ms. Omey said...

miza: pasar baru kalau nk puas kena spend 1 whole day kat situ. ko bwk aqilah kan..budak lagi lah panas kat situ dgn ramai orgnya..