Sunday, September 27, 2009

Puasa Qadha / Puasa Enam?


Soalan;
Bolehkah puasa qada dilakukan bersama puasa sunat iaitu, Qada Ramadhan dan juga puasa sunat, contohnya puasa sunat enam yang mana niat qada ramadhan dahulu diikuti dengan puasa enam, contohnya "Sahaja aku berpuasa esok hari, Qada Ramadhan and puasa sunat enam kerana Allah Taala"?


Jawapan;

Ya. Harus diniatkan sekali. Namun jika mampu memisahkannya –yakni melakukan puasa secara berasingan- itu yang sebaik-baiknya. Apabila berlaku pertembungan antara puasa Qadha dan puasa enam, kita boleh memilih seperti berikut;

a) Yang terbaik ialah kita menyelesaikan dahulu puasa qadha, kemudian diiikuti dengan puasa enam.

b) Jika kita tidak mampu puasa kedua-dua sekali dalam bulan Syawal, harus kita mendahulukan puasa enam di bulan Syawal, adapun puasa Qadha kita lakukan pada bulan-bulan lain.

c) Jika kita tidak mampu berpuasa kedua-duanya secara berasingan, harus kita meniatkan kedua-duanya dalam satu puasa. Malah sebahagian ulamak berkata; jika seseorang berpuasa dengan niat qadha dalam bulan Syawal, otomatik akan dapat untuknya pahala puasa enam sekalipun tanpa ia meniatnya kerana yang diperkira ialah wujudnya sebarang puasa dalam bulan Syawal itu.


Susunan di atas adalah mengikut keutamaan. Yang paling utama ialah pilihan (a), diikuti (b) dan seterusnya (c).


Sumber daripada laman soal-jawab agama

http://ilmudanulamak.blogspot.com

::

::

::

1st day nak mula puasa hari ni. Taktau la sempat puasa berape hari. Hopefully diberikan kekuatan untuk meneruskan puasa sepanjang minggu ni. Owh, i ada 9 hari nak kena ganti puasa. Better highlightkan dalam blog so esok2 takdela buat2 lupe plak berape hari tak pose :)
I ada masa untuk puasa this week and next week jer. Tu pun this week 3hb ada open house kat rumah. And weekend next week dah nak fly dah. Nak buat semua 9 hari takot tak sempat. So tengok la sebanyak mana yang mampu. At least nak buat 6 hari. Ok semua, selamat kembali kerja dan berpuasa!


6 comments:

Annaster said...

hye, selamat berpuasa yea.. budget nk puasa gak tp i x bgn sahur la plak... dah la i neh ada 12 ari nk ganti.. lemau!
chayok2 yea berpuasa..

amiza said...

aku nak puasa gak hari ni tapi tak jadi sbb sakit tekak..maybe esok start puasa..btw, omey nak fly ke mana??

linahilmin said...

salam...
baru kelmarin saya menanyakan hal ni kat my dad disamping rujuk kepada bahan bacaan... jawapan yg saya dpt, betul, kita kena qado puasa dulu sebab qado tu wajib manakala puasa 6 tu sunat... boleh puasa serentak qado dan puasa 6, tp cuma dpt pahala puasa qado sahaja... tp susah nak cakap kan, coz mungkin lain mazhab pandangan nya lain.. wallah'hualam....

IntanLal said...

Salam Kak,

Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin.

Ummuwardah said...

Salam.. pandangan yang kuat adalah puasa qada' baru sunat. Langsai hutang ramadhan dulu,,tak tau hayat kita panjang mana kan.. pndpt menggabung niat puasa tidak ada sandaran dalil. so, kena buat asing la.. sy baru post entry ttg pose 6 nie..sudi2 la melayar ;-)

Ms. Omey said...

Annaster: woo 12 hari lagi lame dari i..

amiza: ala nak gi dekat2 je pegi bercuti..eheheh..

lina: yelah banyak sangat pandangan kan cuma pompuan ni kalu nak abiskan qada' then wat pose nam tu err banyak ari jugak la nak cover..anyway thank singgah :)

Intan: selamat hari raya dear..

Shima: thanks shima. nanti i baca yer.. :)