Thursday, September 10, 2009

Braces updates



I rasa a bit depress pasal tak dapat makan ape yang i nak makan. Banyak. Macam-macam. Ohhh tolonglahh taknak makan bubur lambuk tu lagi. tiba2 rasa craving nak makan karipap, cucur udang, ayam sambal, paru goreng.

The good news is i dah boleh makan nasi. Tapi tak selera nak makan banyak2 pun. The annoying part is mcm mlm tadi i cuma makan nasi 4,5 sudu jek tapi pas makan setengah jam duk dlm toilet nak membersihkan mulut.





I dah beli berus gigi baru. 2 sekaligus. Actually boleh jugak pakai yang toothbrush biasa tu tapi ngada2 kan i pun beli la oral-B ortho brush. Besh tau. Senang je nak brush kat area bracket2 tu. This one boleh dapat kat farmasi (guardian/watson) for just rm8 gitu la. The next one is interdental kit. ni yang berus halusss tu untuk bersihkan celah2 dawai. Ada banyak brand jugak jual. Mine is oral-B can get for rm11 only. The last one i kena beli ubat kumur tu. Actually i tak suka pakai menda ni. kalu right after makan kumur ngan cecair ni boleh rasa cam loya nak muntah pun ada. So mr bf suggest beli brand colgate plax coz x brape kuat sangat bau and rasanya compare to listerine. I try rasa ok la. Kena jugak pakai so that mulut lebih bersih kan.



Finally, as promised, my new pic with braces. Pic tak brape clear la. Susah nak amik gambar bagi braces nampak jelas. Boleh enlarge kan je la. Nampak tak braces warna pink2 tu. Some more i rasa mulut i ni kecik je so senyuman tak lebar sangat. eheheh. Gigi berlapis pun tak nampak sangat. As i said la, gigi i ni tak la nampak obvious teruk sangat. Some may not even notice, tapiiii i nak gigi rata cantik tersenyum, ok?





p/s: somebody asked me, betul ke pasang braces boleh merubah bentuk muka ataupun mencantikkan wajah??? ohh pe ni boleh jadi cantik pulak ingat ni plastic surgery ke?? walaubagaimanapun (ceh, skema) let me explain yang sebenar2nya, braces ni bukanlah totally mengubah bentuk muka, cuma mungkin jaw line tu, ataupun rahang muka kita ada lain sikit as dawai yang dibentuk sekeliling gigi tu dibentuk ikut macam satu bentuk rahang yang membolehkan semua gigi tersusun cantik dan rapat ikut spacing yang betul. Dan lagi pada orang yang memang gigi berlapis teruk atau berterabur memang la nampak beza kalau gigi dah cantik. Of course la lagi cantik kan...if not why waste so much time and money on braces?

4 comments:

Ummuwardah said...

Salam omey..shima nie..apa kabar? rindunya dgn ko..ingat aku kenangan di ums dulu..heheh..napa ko pki braces? supaya ko tambah comel bah kan..hihi..comelnya ko omey..kalau kawin jgn lupa jmput aku ya..insyaAllah aku dtg tu. oh ya, jmput la msuk blog aku.mudah2an dpt kongsi sst yg bmnfaat.InsyaAllah.k.bye omey.wsalam.

Ms. Omey said...

Salam shima. lamanya tak dengar cerita..aku pakai braces nak betulkan gigi la..hihi..kawin lambat lagi la..2 thn lagi kot..hihi..ok nnti aku visit n link k! :)

aRi sHu said...

sweet nye u pilih color pink..ni yg mkin berkobar nak pki gak ni..hehe..skrg still sakit lagi ke? i dgr org ckp sape nak diet ssuai pki braces..boleh loss weight kan..tapi i yg under weight ni cmno..huhu..

Ms. Omey said...

Shud: after few days dah tak rasa apa..selera mkn mmg drop la mkn pun tak banyak..tapi i banyak minum susu choc/soya bean nak bagi kenyang sikit..u dah la mmg kurus kann mcm i ni tak kisah jugak klu turun few kgs