Tuesday, September 29, 2009

I turned 26 today



Hi, my name is omey (nama samaran). I'm 26! haha.


29 September 1983. Its my birthday! woohooo 1st time wat announcement birthday sendri dalam blog. takpe kan tapi.

Apa yang lebih diharapkan pada hari yang istimewa ini? Nop. Bukan surprise birthday party, bukan birthday cake, present atau belon2 . Cuma satu.


Doa
.

Your pray.


Apa-apa doa sajalah. Yang baik, of course *rolling eyes*. Dan kalaupun tidak diekspresikan di blog ini, di dalam hati pun tidak mengapa. Yelah, memang kita sendiri tiap masa kan berdoa setiap kali lepas sembahyang, tapi kadang2 nak jugak ambil berkat didoakan oleh orang lain kan. True, bunch of presents will make me happy but the berkat of 'doa' will be carried till my last breath. Owh i dont have any birthday wishlist. At 26, those 'material thingy' is not what matters most to me. Dan saya sudah sangat2 bersyukur atas segalanya. For all that i have and also for what i cant have :) Apa yang menjadi bahagian yang ditetapkan Tuhan untuk saya. Dan apa juga yang ditakdirkan bukan untuk menjadi milik saya. Alhamdulillah.


Starting from today, semoga saya boleh belajar menjadi insan yang lebih baik. Dimurahkan rezeki. Rezeki itu pada saya adalah dari semua segi. Bukan kesenangan hidup semata-mata. Bukan cuma nak harap jadi kaya cepat. Ketenangan hati itu adalah satu rezeki. Tidak memudahkan perintah Tuhan. Tidak iri hati bila tengok orang lain lebih senang. Tidak merungut bila dalam kesusahan. Tidak menyalahkan orang lain bila berbuat silap. Tidak mudah melenting mendengar cakap-cakap orang.


Semoga.


ok now mari lihat gambar bersama insan-insan tersayang nombor 1:





Bersama insan-insan tersayang nombor 2:




Insan tersayang nombor 3:


ttteeeeeetttttttttt....


ok, lain kali jelah sambung...daaa..



I claimed my birthday present already.
Awesome.
Thanks to YOU (you know who you are)

Sunday, September 27, 2009

Puasa Qadha / Puasa Enam?


Soalan;
Bolehkah puasa qada dilakukan bersama puasa sunat iaitu, Qada Ramadhan dan juga puasa sunat, contohnya puasa sunat enam yang mana niat qada ramadhan dahulu diikuti dengan puasa enam, contohnya "Sahaja aku berpuasa esok hari, Qada Ramadhan and puasa sunat enam kerana Allah Taala"?


Jawapan;

Ya. Harus diniatkan sekali. Namun jika mampu memisahkannya –yakni melakukan puasa secara berasingan- itu yang sebaik-baiknya. Apabila berlaku pertembungan antara puasa Qadha dan puasa enam, kita boleh memilih seperti berikut;

a) Yang terbaik ialah kita menyelesaikan dahulu puasa qadha, kemudian diiikuti dengan puasa enam.

b) Jika kita tidak mampu puasa kedua-dua sekali dalam bulan Syawal, harus kita mendahulukan puasa enam di bulan Syawal, adapun puasa Qadha kita lakukan pada bulan-bulan lain.

c) Jika kita tidak mampu berpuasa kedua-duanya secara berasingan, harus kita meniatkan kedua-duanya dalam satu puasa. Malah sebahagian ulamak berkata; jika seseorang berpuasa dengan niat qadha dalam bulan Syawal, otomatik akan dapat untuknya pahala puasa enam sekalipun tanpa ia meniatnya kerana yang diperkira ialah wujudnya sebarang puasa dalam bulan Syawal itu.


Susunan di atas adalah mengikut keutamaan. Yang paling utama ialah pilihan (a), diikuti (b) dan seterusnya (c).


Sumber daripada laman soal-jawab agama

http://ilmudanulamak.blogspot.com

::

::

::

1st day nak mula puasa hari ni. Taktau la sempat puasa berape hari. Hopefully diberikan kekuatan untuk meneruskan puasa sepanjang minggu ni. Owh, i ada 9 hari nak kena ganti puasa. Better highlightkan dalam blog so esok2 takdela buat2 lupe plak berape hari tak pose :)
I ada masa untuk puasa this week and next week jer. Tu pun this week 3hb ada open house kat rumah. And weekend next week dah nak fly dah. Nak buat semua 9 hari takot tak sempat. So tengok la sebanyak mana yang mampu. At least nak buat 6 hari. Ok semua, selamat kembali kerja dan berpuasa!


Thursday, September 24, 2009

Raya



Before Raya

All those pretty baju kurungs of mine, the new handbags, new shoe, balik kampung.

During Raya

All those ketupat lemang rendang. Saudara-mara. Kuih & biskut raya. Bersalam-salaman.

After Raya

Somehow, yeah, i must confess this. I DID NOT ENJOY MY RAYA. Should i even say i hate it very very much. I hope hari raya wont exist anymore for 40, 50 years to come so i dont have to celebrate it. Had enough of it.



Damn all.

Wednesday, September 23, 2009

Are You A Non-Muslim Aged 18 & Above?



25th September 2009 @ Sunway Lagoon.

Yup.
The Black Eyed Peas. (BEP)
Boom boom pow.
They will perform here in Malaysia.


Dasar awal kerajaan mengharamkan orang Islam menghadiri concert BEP nampak gaya menerima banyak respon. Pengharaman tersebut terpaksa dilakukan as the concert is sponsored by Guinness. So literally, Muslims should be kept away. And so the latest news i heard is the ban was lifted and the tickets started to sell to all 18 & above (not just to non-muslims). I'm not surprised thou when they reversing the earlier ban imposed :)

heh!

Dengar2 cerita jugak liquor will not be served during the concert. No free flow of liquor!
Entahlah. Sukar nak percaya. Masih ingat cerita Kartika yang dihukum sebat coz minum arak in public? Seriously, Kartika should not be singled out. Hello, masih ramai lagi orang2 Islam kat luar tu yang minum muniman keras.



Ibn Mas'ud berkata: "Telah dilaknat dalam khamar (minuman keras) itu sepuluh orang iaitu:

::Yang Memerah::Yang Minta Diperah::Yang Minum::
::Yang Memberi Minum::::Yang Membawa::
::Yang Menghantar::Yang Membekal::Yang Menjual::
::Yang Membeli::Yang Menyimpan::


To sort it, dari sudut pandangan saya sendiri, isu-isu yang akan timbul di sini:

1. Pekerja2 7 eleven beragama Islam yang menjual minuman keras
(some of them even bertudung!)
2. Those steward & stewardess Muslims yang serve liquor during their flights
(cakap pasal government regulations, huh! *puke*)
3. Pekerja2 hotel 5,4 stars, waiter & waitress, etc


::
::
::
::


But the thing is, kalau kita betul2 nak jaga lah, boleh je cari keje lain kan?





P/s: Guess that as long as there's money involved, the laws can be changed :(




    Wednesday, September 16, 2009

    Before the long raya holiday......

    ........i would like to take this opportunity to wish y'all:



    "Selamat Hari Raya Aidilfitri"
    "Ma
    af Zahir & Batin"




    Tuesday, September 15, 2009

    ::Tudung CT::








    My mum bought this tudung for me.
    Been saying that badan kecik macam i sesuai pakai tudung ni (kecikkk kee??).
    Black colour..ughh...not that i despise black, but i hope its pink anyway :)
    This tudung i believe, inspired from the one yang CT pakai, tapi dah alter bagi tak nampak rambut.
    Ok boleh pakai raya dah..
    owh have to find the pink colour one..



    Monday, September 14, 2009

    BiSkuT RaYa


    Tahun ni sama jek cam tahun lepas cuma berjaya buat 1 jenis kuih je. tu pun setelah kena paksa ngan kawan2 sibuk nak bake kuih sesama kat umah. ahaha. Taktau kenapa dulu time zaman uni memang serius rajin bab2 nak buat kuih ni. boleh buat sampai 4,5 jenis pun takpe. Now bila dah keje rasa cam sibuk sangat. Bukan la takde masa langsung tapi priority tu definitely bukan pada aktiviti2 membuat kuih la. Atau mungkin jugak pasal kuih dah siap melambak sangat jual jadi dah tak berapa heran sangat nak buat. But true, nothing beats your own homemade cookies kan!! :) Owh tak semua kuih2 yang dijual atau dihidangkan kat umah orang i suka. But these are among my favourite!! (in no particular order)



    Biskut Kacang
    Dulu i pandai buat.
    Skang macam dah lupa resepi jek. ehehe.



    Biskut Conflake
    Senang nak buat, kegemaran ramai :)



    Biskut Suji
    Orang cakap senang nak buat tapi i penah try tak jadi.
    So lepas tu beli ready-made je lah.



    Tart Nenas
    I pandai buat ni. I pandai buat.
    ehehe nak kena emphasize kan jugak.
    tapi i tak brape suka tart gulung tu.
    nak yang pakai acuan ni jugak.



    Biskut Sampan
    I rasa tak banyak dah orang hidang biskut ni.
    Jual pun tak banyak. Nape ek.
    Nak buat memang tak reti la.



    London Almond
    Kuih yang rajin betul i buat dulu.
    Bawak balik asrama mesti licin. Skang malas ah.



    Biskut Makmur
    Satu lagi kuih yang orang kata senang nak buat tapi i tak reti.



    Semua gambar dari google. lupa belum shopping beli kuih raya kesukaan2 ni lagi. eh tapi beli malam raya je la kann tunggu lelong..hahah..

    Sunday, September 13, 2009

    shop till drop



    amik ko sampai kiri kanan nak bergambo ngan handbag. eheheh..actually yang brown colour is mine. Yang putih tu i saje2 testing posing2 tengok cantik tak. eh cantik tau. material pun cantik. that one is from guess. i berkenan sangat. tapi yang tak berape berkenannya pulak warna tu. even putih tu sangat cantik and stunning tapi nak menjaganya..alahaii...pegang2 sikit dah kotor..belum lagi kena conteng ngan pen ke apa...i ni kan lasak sikit..tak praktikal untuk pakai hari2. lagi pulak kalau kena kerja luar slalu cam i. lagi satu i skang ni i tak suka handbag yang kecik sangat mcm boleh letak hp ngan purse je. Biar besar sikit mcm2 boleh isi. heheh..so last2 terpaksa berpuas hati dengan ini:

    ::
    ::
    ::
    ::
    ::
    ::
    ::
    ::
    ::
    ::


    hehe..skali smpai 2 handbag rembat!! tapi actually dibeli pada 2 waktu yang berlainan dan tempat yang berlainan.



    the big size one. boleh sumbat macam2. boleh bawak pegi holiday nanti. ecehh..



    the small one. boleh bawak pegi keje. eleh alasan jek bru bulan lepas beli handbag untuk keje jugak konon2.



    sempat jugak grab something from house of leather for 'him'. kitorang memang tiap tahun tukar2 hadiah raya..elo cam krismas la pulak..


    Part yang tricky skit ialah nak carik kasut raya je lagi. adoi kat JB ni agak limited sikit choice yang ada. pegi butik guess kasut2 pun tak berkenan. Bonia lagi langsung tak berkenan. . hahah. i nak carik nine west atau aldo. unfortunately kat JB takdeeeee... ermmm...last2 grab sandal dari carlo rino jek la..



    ntah kenapa, kasut raya is a must for me.
    walaupun kasut lama sikit punye banyak tak terpakai2.



    so far, i've done with the shopping raya. since weekend last sebelum raya kan so both sabtu and ahad memang pulun betul carik barang raya. orang kat shopping complex tak payah cakap nampak sangat semua pun buat last minute preparation. tapi i have to admit, last2 minute shopping ni memang best. rasa excited sangat2. i sempat grab 2 pasang baju kurung moden ready-made untuk raya. padahal yang tempah kat tailor pun ada jugak tapi nak wat camne kan dah jalan2 ternampak dan terberkenan pulak. Minggu last raya ni tinggal nak settlekan tukar duit raya je. I've started giving out duit raya since last year. yelah dah keje and ada rezeki lebih sket kan, berkongsilah dengan orang lain :)


    so far these are things yang i dah list kan kena beli/sediakan untuk raya:

    baju raya(s) ===> checked!
    handbag(s) ===> checked!
    kasut raya ===> checked!
    tudung match ngan baju ===> checked!
    duit raya ===> sampul2 free dah cukup, duit belum tukar!
    make up ===> cukup2 la yang ada tu tak payah beli dah!



    muka penat bershopping



    Saturday, September 12, 2009

    .........................



    Kadang-kadang rasa kalau benda tu tak berapa besar so tak payah lah nak diperbesar2 kan sangat kan? If it just trial matters, as long as tidak terlalu menjejaskan kehidupan, kalau hati masih boleh terima, ada banyak lagi kebaikan lain yang boleh dipertimbangkan dan dipikir2 kan. Cuma biasalah, manusia. Mana ada yang PERFECT. Takkan boleh jumpa walau seorang yang tidak punya cacat cela. Termasuk diri sendiri. Tapi biasalah jugak kadang-kadang, hati cepat sangat rasa terusik. Cepat sangat nak kecik hati. Merajuk. Bertengkar. Nak tunggu orang pujuk. Ingat comel sangat la tu. Padahal berlambak lagi kerja nak buat. Bersusun masalah nak kena pikir. Macam2 benda dalam kepala otak. C'mon la. jangan gaduh2 lagi ok. Next time he called, jawab je dengan suara ceria macam takde ape2 eh. Jangan marah2 lagi. Kalau dia dah bosan malas nak layan taknak call lagi??Nasib la..


    penat.

    Thursday, September 10, 2009

    Braces updates



    I rasa a bit depress pasal tak dapat makan ape yang i nak makan. Banyak. Macam-macam. Ohhh tolonglahh taknak makan bubur lambuk tu lagi. tiba2 rasa craving nak makan karipap, cucur udang, ayam sambal, paru goreng.

    The good news is i dah boleh makan nasi. Tapi tak selera nak makan banyak2 pun. The annoying part is mcm mlm tadi i cuma makan nasi 4,5 sudu jek tapi pas makan setengah jam duk dlm toilet nak membersihkan mulut.





    I dah beli berus gigi baru. 2 sekaligus. Actually boleh jugak pakai yang toothbrush biasa tu tapi ngada2 kan i pun beli la oral-B ortho brush. Besh tau. Senang je nak brush kat area bracket2 tu. This one boleh dapat kat farmasi (guardian/watson) for just rm8 gitu la. The next one is interdental kit. ni yang berus halusss tu untuk bersihkan celah2 dawai. Ada banyak brand jugak jual. Mine is oral-B can get for rm11 only. The last one i kena beli ubat kumur tu. Actually i tak suka pakai menda ni. kalu right after makan kumur ngan cecair ni boleh rasa cam loya nak muntah pun ada. So mr bf suggest beli brand colgate plax coz x brape kuat sangat bau and rasanya compare to listerine. I try rasa ok la. Kena jugak pakai so that mulut lebih bersih kan.



    Finally, as promised, my new pic with braces. Pic tak brape clear la. Susah nak amik gambar bagi braces nampak jelas. Boleh enlarge kan je la. Nampak tak braces warna pink2 tu. Some more i rasa mulut i ni kecik je so senyuman tak lebar sangat. eheheh. Gigi berlapis pun tak nampak sangat. As i said la, gigi i ni tak la nampak obvious teruk sangat. Some may not even notice, tapiiii i nak gigi rata cantik tersenyum, ok?





    p/s: somebody asked me, betul ke pasang braces boleh merubah bentuk muka ataupun mencantikkan wajah??? ohh pe ni boleh jadi cantik pulak ingat ni plastic surgery ke?? walaubagaimanapun (ceh, skema) let me explain yang sebenar2nya, braces ni bukanlah totally mengubah bentuk muka, cuma mungkin jaw line tu, ataupun rahang muka kita ada lain sikit as dawai yang dibentuk sekeliling gigi tu dibentuk ikut macam satu bentuk rahang yang membolehkan semua gigi tersusun cantik dan rapat ikut spacing yang betul. Dan lagi pada orang yang memang gigi berlapis teruk atau berterabur memang la nampak beza kalau gigi dah cantik. Of course la lagi cantik kan...if not why waste so much time and money on braces?

    Tuesday, September 8, 2009

    Kronologi Pasang Braces



    18 Ogos

    Appointment with the orthodontist. 1st time i jumpa doc ni. sangat baik & sangat cantek. 1st question she asked me "u bagitau i dulu sebab2 u nak pakai braces" then baru dia check gigi i and explain satu2 gigi i, yang ok yang tak ok. Then doc amik acuan mulut untuk buat besi tu. She informed me i ada 3 batang gigi kena extract first. I tak sure, maybe ada orang yang nak pasang braces tak perlu cabut ape2 gigi. Tapi mostly kena untuk bagi proper space gigi tersusun, for alignment.


    25 Ogos
    I cabut 1 batang gigi bawah. Sebatang je. Pasal i agak nervous. hahah. kalu tak doc tu nak buat 2 batang sekali ngan gigi atas. masa ni tak sakit sangat sangat (at this moment i tak tau cabut gigi atas lagi sakit dari gigi bawah). i bole masuk opis buat keje lagi pastu.


    1 September
    I cabut 2 gigi. i gigi bawah and 1 gigi atas. Masa ni seriussss sakit. i tak bole puasa. i telan painkiller tapi still sakit. Masa ni jugak doc pasang getah separator kat dalam gigi. 2 getah untuk gigi bawah yang hujung kiri kanan, 2 getah untuk gigi atas hujung kiri kanan. Getah tu kena stay dalam gigi at least 5 hari sebelum braces dipasang. At this phase, sebenarnya i dah rasa tak nak pasang pun ada braces tu. sakit + tak selesa. Dan getah tu sangat2 ANNOYING ok. I dah rasa macam nak takeout benda tu je dah.


    7 September
    Appointment untuk braces ni i buat sebelah malam dalam kul 8. I taknak buat siang sebab banyak keje 1 hal. 1 more thing coz i just want to be relax throughout the process. Tak tension2 terpikir pasal keje ke ape. So 1st doc cabut dulu getah separator then pasal i baru jugak cuci gigi, doc tu just polishing je la. Then dia pasangkan alat yang untuk bukak mulut tu. Pasal mulut i kecik, memang rasa agak sakit. Doc tu nak letak gam khas kat satu2 gigi then keringkan guna sejenis alat khas. Lama pulak tu. Masa ni memang agak suffering la. Memerlukan tahap kesabaran yang terlalu tinggi (which is so not me). Pastu doc buat bonding lekatkan satu2 bracket kat gigi baru masukkan wire. I pilih warna pink. Bright pink actually. heheh.



    The Cost

    As mentioned before, total cost i have to pay
    (for this particular clinic ye, it might differs from other clinics)
    RM 3,500
    Half to be paid bila dah siap pasang braces
    and the rest of the amount can be paid tiap2 bulan bila datang check-up.


    Time Frame

    Untuk braces i kena pakai setahun setengah (estimation) then kena pakai retainer 6 bulan full. Lepas tu boleh bukak retainer tapi benda ni waktu malam kena pakai jugak seumur hidup. Yup. Kalau tak gigi boleh kembali ke keadaan asal. Especially bila dah dewasa baru nak pasang braces kann..I think its safe la to skip now and then tapi kena make sure kerap pakai jugak la.



    Worth or not?

    You Decide

    Thursday, September 3, 2009

    At what age SHOULD I get married???



    Last nite had this long, serious, boring conversation with mr bf. Not very sure how the issue suddenly raised. Like, tiba2 dia cakap pasal kahwin. ok, its not we didnt discuss about that before. We did. But you know, takde ape2 yang serius sangat. But last nite sangat2 menguji kesabaran ok. He keeps pushing me to tell my parents bla bla bla start plan bla bla. Bengang. Dont know what got into him.

    Honestly before ni, i rasa I seriously rasa he himself takkan nak plan apa dalam jangka masa terdekat. Thats why i pikir isu tu takkan timbul dulu and i have like, few years to be prepared (hah cam apa je nak ready punn susah). But tiba2 last nite when i said i nak kawin umur 28, surprisingly dia cakap lambat sangat. Lambatttt? aii takkan nak kawin ujung thn ni pulak tetiba kann..some more he said about my birthday is coming soon la then i dah 26 la bla bla bla. Hello, am i the one who supposed to be worried about me getting older? tapi seriously dia pulak yang susah ati betul memikirkan.


    What is the most suitable age
    to get married?



    I'm 26
    next year 27
    next next year 28
    next next next year 29
    next next next next year i'll touch 30



    No, i'm not afraid of getting old or whatever.
    I just want to make the best decision for myself.
    *pray*



    ape pun, i ada satu masalah besar kena overcome
    Got to be brave to face it
    It takes lots of courage
    *pray again*


    (credit to google)

    Wednesday, September 2, 2009

    membebel saje-saje


    nak hapdet blog.

    tapi busy dong.

    banyak pulak keje skang dah nak dekat2 raya ni..ihh..

    shopping raye belum buat lagi. baju je dah siap.

    haruslah kan ada beg baru kasut baru, ngalahkan budak kecik umur 5 thn beraye.

    next week appointment ngan orthodontist.

    finally, after few weeks of suffering itu ini itu ini da bole pasang full braces.
    (ceh macam la dah pas pasang tu tak suffer dah)

    the cool part is, nak pilih warna untuk braket braces tu. actually braket tu tiap2 bulan ganti so bole tukar2 warna. tapi 1st time ni nak pakai raya kan. i tak nak campur2 warna. cam nampak hideous jek kalu kat gigi ada merah biru hijau sume. so plan nak pilih pink since baju raya banyak kaler2 pink gitu. nak matchingkan. baju raya match ngan colour braces..haha, how does it sound? cool kan?

    :)