Monday, August 31, 2009

in pain



I'm resting at home right now. err...ok not to say resting la since i'm very much in pain right now. Baru balik dari jumpa dentist and extracted 2 teeth. ihhh...sakit giler punya sakit tak tahan tau. Tido tak boleh, membaca tak boleh pesal memblogging boleh pulak


sakittttttttttttttttttttttttttt!!



how could the pain be so unbearable???


Saturday, August 29, 2009

Buka Puasa 2

The hotel (pic credit: google)


Hari Khamis ari tu i naik KL. Arrived around 3 pm then terus check in hotel. We stayed at Cititel Midvalley. Then we just relaxing at our room since malam tu nak kena keje nak buat selection kat MPH. Konon-konon decide nak break-fast kat Kenny Rogers but i didnt even bother to make a reservation first. Pastu pulak pukul 6 lebih baru turun! hah! Then i pun pegi la mv straight to Kenny Rogers. Ok, full house. Switch option to Nandos, also full. At that moment i was like, alamak..camne nih..kalu i ngan my colleague je takpe. But there are 7 of us! My client pun will join us but they still not arrive masa tu. I rasa almost sume tempat kat food arena tu i tanya including nandos, Manhattan Fish Market,Chicken Rice Shop, Secret recipe and pizza hut. Semua penuh beb. Takkan nak ajak client bukak puasa kat donut krispy kreme pulak kan? So finally i decide bukak puasa kat hotel jek lah. Tu pun dah penuh jugak but they've been kindly enough nak tolong setkan jugak table for 7 cuma jauh sikit la. Fuhh..lega jugak la walaupun at first tak rancang nak bukak puasa kat hotel, yelah since sahur pun kat hotel jugak kan.


The rate for buffet ramadhan @ Cititel Midvalley is RM65/pax.
Discount 20% for the 1st and 4th week of Ramadhan.




To be honest, the buffet was kind of %&*#. Makanan tak berapa sedap. Choice of lauk-pauk langsung tak menarik dan tak membuka selera langsung. Desert tak best. Seriously, i would not recommend it. Makan pun sikit jer. As for the buffet sahur pulak, ok la coz tak semua hotel nak provide buffet untuk sahur ye. Some hotel kalau nak sahur kena pakai room service jek. Tapi makanan buffet sahur tu pun same la macam yang di serve untuk breakfast.




Hari Jumaat tu pulak, pasal tak settle lagi kat MPH, kitorang break-fast kat mv lagi. Pukul 6 dah berdiri depan Kenny Rogers nak book table. Unfortunately, penuh jugak. Haishh..ramainya la umat2 manusia kat mv nih. This time we just settle kat Nandos jek la. Jadi la dari takde tempat nak buka puasa.





Balik jb around 10 pm. Arrived at 2 am! Serious, sangat penat. Boleh pulak the next morning kena masuk meeting pukul 8.30 pagi. I wasnt pay full attention at the meeting, ok.
Dah la bulan puasa tak boleh minum2..heh..


p/s: dah 9 hari puasa. Alhamdulillah. 1 day missed :(

Wednesday, August 26, 2009

Fav books!



I just realized, semenjak abis study and keje ni, 1 thing yang jarang2 i buat adalah MEMBACA. Yeah..membaca buku ye..Bukan jenis light reading cam paper or magazine. Cakap pasal buku, among authors yang i suka, just to name few of them and some of their books that i owned:



Sydney Sheldon

I ada hampir semua collection Sydney Sheldon :) Novel2 beliau, trust me, once read, its hard to put down.. benda2 lain seems to be unimportant to me.. kat opis pun i bole selamba duduk ngadap novel (walaupon keje bersusun menunggu)




John Grisham

I have no passion or whatsoever in law. Tak minat. The very first Mr. Grisham's novel yang i baca ialah The Runway Jury.
And since that i try to read more of his books and somehow boleh jadi addicted pulak.
Tapi ada 1,2 novel la yang i rasa tak menarik.




Judith Mcnaught
Love story...haha..tapi ada jugak citer thriller.
Romantic kadang2 terlebih jugak tapi boleh laa layannn..




Sophie Kinsella

Need to say more?
The Shopaholic Series yang boleh buat u tergelak sorang2 baca and kadang2 benda yang ditulis tu memang sebijik kena kat diri sendiri. Tapi pada i the best book still 'Can u keep a secret?'. Seriously, tak boleh tahan la baca buku tu.




Stephanie Meyer
I'm not really into vampire stories actually. Citer2 hantu pun tak minat. So when 1st twillight saga boomed the market, i was like..ok, vampire, just let it pass. Illogical things like vampire fall in love with human is really something that is unacceptable for me to read. (the reason why till now, i cant never finish harry porter, sorry *shrug*) But one day, a friend of mine sangat beriya2 suggest kan citer twillight ni. So i pun beli the first book twillight and oh my, after read, seriously even i myself wish for a vampire boyfriend! haha..and i love the movie too..dah suka tu i pun terus la complete kan my twillight saga collection..yay!


Being in the books industry, i boleh dapat diskaun yang agak baik sebenarnya untuk beli buku. Tapi pasal dah agak kurang masa untuk membaca so tak nak la beli banyak sangat. And owh, i do read malay books as well yer :). Cuma kalu novel2 cinta melayu tu harap maaf la. Memang tak boleh layan. Senang cerita, i appreciate karya2 yang baik. Dan seboleh mungkin akan dapatkan buku tu. After all, u are what u read, am i right?

Ada recommendation untuk author2 lain yang menarik untuk dikongsi?

Tuesday, August 25, 2009

Tag: Puasa


Tukang Tag: Ari Shu

.


5 perkara yang anda suka tentang bulan puasa :
~Tak payah keluar carik makan waktu lunch
~balik keje awal
~bazar Ramadhan

.--
5 perkara yang best masa bulan puasa :
~Buka puase ngan family
~Terawikh ngan family
~1 family kena khatam Quran
.

5 jenis makanan/minuman yang wajib ade masa buka puasa :
~Air masak
~Kuih yang manis2
~Apa2 jenis mee

.
5 perkara yang wajib anda lakukan sebelum berpuasa :
~ganti puasa yang lepas
~Siapkan baju-baju raya (hehe..bukan terlebih excited tapi taknak kelam kabut last minute)
~Adjust jadual malam spare masa untuk terawikh


5 cerita best/xbest puasa anda :
~Waktu kat uni, pagi2 turun kafe nak sahur walaupun jarang sebab malas
~masak ngan kawan2 untuk buka puasa walaupun simple2 yang penting happening!
~penah bukak puasa dalam kapal terbang masa nak pegi buat Umrah pasal tak tahann sangat *malu*

.
5 orang yang tepaksa bocorkan rahsia puasa diorang :
~Miss Linda
~Miss Ederq
~Miss Nur Hasanah
~Miss Sharifah Mariam
~Miss Intan


* Sorry tak jawab complete 5 tak tau nak jawab ape

Monday, August 24, 2009

Buka Puasa 1


Ok, let see for this 1 whole month of Ramadhan berapa banyak
entry suggestion tempat buka i boleh buat.


1st day puasa: Best Western Premier Seri Pacific Hotel


Ist day of Ramadhan, i naik KL untuk berbuka puasa di sana. Check-in hotel for 1 nite stay and petang tu buka puasa kat situ sekali.



The room was ok. Not so spacious but we managed to cramp all six of us into 2 rooms.


As for the buffet, memang banyak sangat choice of food. You can get variety of lauk pauk, satay, soup, roasted lamb, italiano, noodles, japanese and wide choice of desserts as well. Memang worth, kalau mampu makan banyak lah kan.


The boys and table of food


The cost? RM 75++ per person. Standard price la for buffet Ramadhan kat 5 star hotel but the good news is, the hotel is having promotion for the first 3 days and the last 3 days of Ramadhan, each person is entitle to get 50% discount. Menarik kan? the promotion is valid for the buffet only ya.



3rd day Puasa: TGI Friday


I'm back at JB. Plan pegi buka puasa dengan girlfriends kat TGI Friday.



Menu TGIF, cam biase lahh



Orang kate time puasa boleh kuruskan badan?? Naaaa...nape baru 4 hari puasa dah rasa cam gain weight ni??



p/s: cam bersalah pulak bulan pose upload gambar makanannn jek


Friday, August 21, 2009

1st of Ramadhan



Selamat Hari Raya Semuaa!! Eh silap.
Raya lama lagi. Puasa sebulan dulu.
Eh apesal letak gambar bazar pulak kat atas tu?? heheh.
Advice from my beloved aunty, sila ingat ye Terawikh cuma ada di bulan Ramadhan sahaja.
Begitu juga dengan bazar ramadhan..hikss..

Selamat berpuasa semua!
Hari ni saya akan naik KL untuk berbuka puasa 1 family di sini
(semata-mata tu)

Thursday, August 20, 2009

Tag: Parking


Tukang tag:
Linda


Jawab Soalan- soalan berikut dan sertakan sekeping gambar sebagai bukti. kemudian tag seberapa org yg anda mahu.selamat mencuba.


1. Dimanakah tempat kerja anda? dan mengapa?

~ JB..heheh..general nya jawapan..Mengapa? Mengapa apa? Mengapa i keje kat situ? mengapa tempat keje tu kat situ?


2. Berapakah harga car park area tempat kerja anda?

~ Tempat keje i kena letak kupon parking. Yang biasa ada orang bandaraya datang 3,4 kali sehari cek kupon. Paling2, pun 3,4 hinggit la.


3. adakah anda rasa tempat yg letak kereta anda selamat?

~ I think so. Lagi best kalau dapat parking betul2 depan office. Tapi area tu susah sikit la. Kete pun banyak. Nasib2, kadang-kadang jauh jugakk dapat parking.


4. antara drive sendiri dan orang hantar..yg mana pilihan anda?

~ Drive sendiri! Coz i tak keje duk office je..nak keluar ke ape senang. Some more, i like to be early datang office :)


5. sila tunjukan bukti gambar tempat letak kereta anda??

~ wow. siap nak gambar. tak percaya ke apee?? takpe2 i bagi :)


haha..gambar takde kaler!! bole la tu kan.
time ni takde kete lain lagi park.
awal pagi dalam kul 7.
kan i da cakap i suka datang awal :)


Nak tag sapeee???

Nanak
Zain
Amiza
Miss B
Sirnah

Wednesday, August 19, 2009

Kursus Memborong Di China




The course @ Quality Hotel



Last Saturday i attended a course @ Quality Hotel, KL. Nama kursus tu 'Kursus Memborong Di China' but the course was held in KL lah not China. I baca tentang kursus tu kat paper. Organized by Anzac Consultancy.


Apa yang membuatkan i tertarik nak ikut kursus ni pasal i rasa tak banyak diadakan kursus2 tentang cara2 nak memborong barang dari luar negara untuk berniaga kat Malaysia. Tiap2 tahun i akan pegi J
akarta 2,3 kali untuk visit bookfair sekali dengan beli buku dari sana dengan my dad. Bila dah kerap pergi i terfikir untuk berniaga barang lain jugak. Macam baju2 kebaya. Kan murah kat sana. Tapi baju ni lain dari buku. Buku duty free. Takde kena cukai. Bawak la masuk banyak macamana pun dari negara mana pun. Yes, we do visit bookfair @ other countries as well. Baju ni kena cukai kan. I ada la sikit2 experience beli barang daripada supplier kat Jakarta tapi taklah secara besar. Kalau setakat Tanah Abang tu, lot kedai kat situ pun dah boleh hafal tau. Heheh..



The guide book


So kerana i takde basic dalam bidang ni i pun tertarik la nak ikut
course ni. Semangat berkobar-kobar. Penceramah untuk kursus ni bos Anzac Consultancy sendiri, En. Shahabudeen Jalil. Kursus ni akan menerangkan tentang cara-cara memborong barang di China. Start from pengenalan kepada negara China, plaza-plaza nak membeli belah, pengangkutan, hotel, logistik. Bukanlah secara detail sangat but at least you get an idea how to start. I've never been to China actually. Yelah hari tu kann nak pegi tapi tak jadiiii..(read this). But anyway tempat yang i postpone nak pegi tu Shanghai tapi tempat nak memborong barang2 ni kat Guangzhou & Shenzen (jangan risau AirAsia ada).


The most impressive part ialah bila diterangkan plaza-plaza nak memborong kat China tu. Bayangkan kat Guangzhou and Shenzen tu ada
plaza beg tangan, plaza kasut, plaza barang elektronik, plaza pakaian moden, plaza pakaian kanak-kanak, plaza fabrik, sutera & langsir, plaza barang hiasan dalaman, plaza telefon bimbit, plaza kosmetik, plaza jam tangan, plaza cermin mata (ada plaza khas jugakk??) wow. Each category barang2 tu ada plaza sendiri even things like cermin mata, jam tangan and semua tu plaza borong tau. Obviously kan banyak barang2 jual sekeliling kita ni mostly dari China. Patutlah penceramah tu kata boleh rambang mata taktau nak borong barang apa.



1 whole book list of supplier



Selain dari menganjurkan kursus ni Anzac Consultancy jugak ada menganjurkan trip lawatan ke China. Boleh borong terus barang2 sekali kalau nak berniaga. Harga pun sangat la berpatutan. Overall i rasa kursus ni memang sangat bermanfaat la. Dan yang lebih menarik yang i suka, sepanjang ceramah tu ada tips2 yang diberi. Kadang2 information kita boleh cari dengan mudah tapi bila boleh dapat tips2 sampingan akan lebih membantu sebenarnya as it is based on real experience kan.



The actual fee for the course is RM480 tapi kebetulan i dapat harga promotion cuma RM225! But i tell u, its really worth! Especially for those who looking for business opportunity. Dapat kenal kawan2 baru lagi :)


So bila plan nak pegi memborong barang2 ni?? hikkss..taktau lagi takut banyak sangat plan sekarang ni takut terlalu sibuk nanti.
Someday InsyaAllah i akan plan kan. Tak memborong barang pun at least nak survey2 dulu kan. Owh, i just checked website AirAsia, bulan 5 next year boleh dapat around RM500 return ticket to Guangzhou! :)


For more info tentang memborong di China please visit here

Tuesday, August 18, 2009

I decided to wear braces!

The clinic. Nearby my house and office :)


Remember this entry? Petang tadi i went to the dentist. This time i dah set appointment dengan orthodontist just to see what she had to say about my teeth. So we went through the checkup and all that. Takde masalah la nak pasang braces cuma Dr. tu kata mulut i kecik. Tak boleh bukak luas2. Tapi takde masalah nak masukkan braces tu. So she explained the procedures bla bla bla. Actually i havent really made up my mind nak pasang braces ni. I buat appointment tu pun not to say as a commitment, but more like gathering information. Gigi bukan la teruk sangat pun. My teeth are hardly crooked at all!


So is it really worth? My main concern is not the cost, cuma i pikir betul ke i betul2 nak go through this process? The time frame is about 1 year and half. And then u know lah, the procedure nya lagi, ada monthly checkup, pantang larang tok nenek lagi.Ahhhhh....yelah tak nak la halfway buat je da rasa menyesal. Some of people bila i cakap i nak pasang braces diorang pun kata tak payah pun takpe lah. Tapi i soooo badly wanted gigi yang sangat cantik menarik bila tersenyum lebar. Hiks....


Dr. tu siap tanya awal2 lagi ada planning nak kawin tak? Benda ni bukan tak boleh bukak cuma kalau nak bukak kena tambah cost lagi la nak pasang balik dawai2 tu. Tak kisah la tapi dah macam menyusahkan pulak lagi pun tunggu la gigi betul2 cantik untuk senyuman menawan masa bersanding..haha..kan dah melalut pulak..Tapi i cakap takpe, i tak plan kawin jangka masa terdekat ni..heheh..alasan nak delay kan lagi laa tu..


So tadi kat klinik ngan Dr. tu discuss blablabla..itu ini itu ini..finally, i pun AGREE. Yes. Tapi ada beberapa procedure dulu la sebelum nak fully pasang braces ni. Firstly, i kena cabut gigi-gigi yang dah tak diperlukan. Semua sekali ada 3 batang ok kena cabut! I was quite surprised actually. Honestly, i cant imagine camne nak cabut gigi2 yang kuat and langsung tak goyang. Surely it hurts kan? I buat 2 appointment untuk cabut gigi. Yelah kalau serentak cabut kang pengsan pulak i kat situ. Before appointment tu i kena buat x-ray dulu. Maybe on thursday ni i'm a bit free boleh buat x-ray. Bulan ni je i rasa kena set 4,5 appointment ngan orthodontist sampai betul2 siap pasang braces. Haihh...



Appointments untuk cabut gigi & bonding


Kalau tengok my schedule, i akan start pasang braces tu around 10th of October camtu la. Few days before raya. I read that during few months start wearing braces, memang tak boleh makan, nak chew foods pun sakit tau. So i wonder, raya nanti orang makan ketupat, rendang, biskut semua.....i???????



* Actually i still couldnt believe that i was actually going to go through with it.



Lagi setahun setengah la i amik gambar nampak semua gigi yer :)

Thursday, August 13, 2009

TAG



Tag dari
Linda


1 minit yang lalu, ape anda buat?

~Baru sampai umah. Dah abis wat keje. Skang tengah lepak2 jer.

1
hari yang lalu, apa anda buat?


~Semalam, ari Khamis? keje la..

1 jam lagi, apa anda akan buat?

~Baru pukul 11 lebih ni. I out station (KL) tapi keje dah settle. Nak kuar pegi jalan2 tengok sale sorang2.

1 hari lagi, ape anda akan buat?

~Attending a course @ Quality Hotel

1 orang yang terakhir sms kamu?

~My mum

1 orang yang terakhir menelefon kamu?

~Encik Azli :)

1 makanan yang baru dibeli?

~drive thru Mc'D breakfast punyela nak rush nak jumpa orang breakfast dalam kete jer..

1 barang yang baru hilang?

~Entah yek. Kalau ada pun mesti dah lama hilang baru sedar..heheh

1 cerita yang baru ditonton?

~Buletin Utama malam tadi. I rarely watch TV actually. Wayang?? dah berzaman tak pegi..

1 hal yang terakhir digosipkan?

~Takde gossip2..cuma i banyak discuss dengan my dad pasal company, pasal staff..tu jelah..

1 kata yang ingin diluahkan..? 1 jer??

~Rindu :)

1 buku yang sudah dibaca?

~Agatha Christie compilation, i sukeeeee...walaupun dah berulang2 baca..

1 penyakit yang sering datang?

~emmm...takde kot..

1 keinginan?

~1 thing i secretly wish. I nak pegi London & Paris. Before i settle down and getting married. By next year? heheh..InsyaAllah..

Wednesday, August 12, 2009

should I? SHOULD I?


I nak pasang braces. Ngeee~
Gigi tak lah teruk sangat sebenarnya.
Cuma nak buat penambahbaikan.
The cheapest cost i found so far RM3500
(cheap la sangatt tu kannn)
Anyone tau tempat lagi murah ke?
Ada jugak suggestion untuk pasang crown/bridge.
Cost untuk setiap gigi pun rm700.
Tu kalau 1 gigi, kalau 2,3 times la ngan 700 tu.
Might as well pasang braces je terus kann?
Tapi tempoh masa kena 2 tahun!
Consultant tu kata gigi tak teruk pun kena 2 tahun jugak.
Baru hasilnya lebih baik.
wow. lamanye kan.
My mum tanya kalau nak kawin camne? haha.
Harus difikirkan untuk tidak kawin dalam tempoh tersebut.
Tu kena pasang cepat2.
Lagi lama tangguh..lagi lambatt kawin...
relevan tak?

Monday, August 10, 2009

Percutian Yang Tak Menjadi! *G e r a m*



Ok ni entry serious sebenarnya. Tapi at the same time rasa kelakar jugak sebenarnya.

Ceritanya pasal hari Sabtu hari tu,
I satu family sepatutnya nak pergi holiday.
Destination ======= > Hangzhou & Shanghai, China!
Semua preparation dah siap and dah bayar pun.
Flight tickets, visa, tour package, etc.
Unfortunately, on Friday, a day before we all nak pegi my dad's friend who reside in Shanghai called. He informed us tentang Taufan Marokat yang diramal akan melanda Cina hujung minggu ni. PANIK NI! Taufan ni da sampai Filipina, Taiwan and currently approaching South China. Bayangkan, as big as China tu, ke tempat yang kitorang plan nak pegiii nii jugakkk dia nak datang. Surf internet for weather forecast, tengok Shanghai tiap2 hari hujan lebat dengan storm. Hati dah resah dan gundah gulana. My mum dah rasa tak sedap hati. Risauuu sangattt nak naik kapal terbang ada taufan dan ribut petir ni. Countless numbers of time naik kapal terbang (and watching too many of crash plane investigation series too) , i know how bad it can be.

Pagi Sabtu, no decisions made yet. Flight pukul 5 petang. By right before noon kitorang dah kena naik KL coz depart from LCCT. At 10, we STILL, STILL DEBATING wether to go or not? But then my father kata takpelah just cancel the trip since kitorang dapat refund untuk tour package dari travel agency. Tapi flight tickets burn laaa. Nasib beli masa Air Asia offer. So i tak jadik la pegi bercuti. sob sob. Hampa memang lah. Tapi i percaya ada hikmahnya kenapa Allah nak halang perjalanan kitorang ni kann..Who knows kan? Like my mum said la, kalau pegi bercuti pun dalam plane takut jadi ape2 kalau storm, kat luar pulak H1N1 tengah menular. haishh..see..what a GREAT, PERFECT time to plan a holiday kann??

But anyway, since refund travel agency tu bukan duit tapi voucher yang kena guna untuk bercuti jugak, the plan is still on, InsyaAllah. Since Ramadhan is just around the corner, we'll postpone the vacation possibly in October. Ok lah.

Yang paling bengang boleh tak the day i was supposed to be in Shanghai, Mr bf called tanya I "sayang kat China sejuk tak sekarang?" PERLI LA TU. pergghhh..
ada jugak yang makan selipar ni karang.




Visa China yang still valid for entry before 14th Oct

Thursday, August 6, 2009

Snapshots @ Thailand

Cerita lama sebenarnya. Family vacation last year (2008). Anyhoot, i decided to post it lagipun nak simpan dalam blog and also as guidance for those who plan to visit Thailand :)

Okeh, kitorang 1 family pegi last year dalam bulan 7 selama 4H 3 M.We stayed at Baiyoke Sky Hotel. Hotel paling tinggi di Bangkok. 88 tingkat!Atas sekali adalah open menara yang dibuka pada public dengan mengenakan bayaran.Tapi pasal kitorang memang menginap situ as a privilege no charge for entrance fee.


1st time try main golf kat hotel nih. Tak best & tak suka okeh.



Bangkok Attractions

PENSADUAK FLOATING MARKET


A MUST if u visit Thailand. It is one of the most fascinating tourist attractions.The journey from Bangkok took about 2 hours. The only way nak sampai ke market ni kena naik long-tailed motorboat yang akan bergerak sepanjang canal tu. Yes its a canal actually.Terusan untuk pengairan jek yer bukan sungai. Bayangkan terusan yang ada kat kawasan sawah padi kat negara kita but its wayyy bigger than us! Maybe pasal one of Thai major production pun beras,
so sistem pengairannya lain sikit. Adalah dalam 20 minutes ride sepanjang canal tu,
then boat akan stop dekat satu kawasan kedai besar di tepi terusan. Sampai sini semua bot2 besar dah tak boleh lalu. cuma bot2 kecil untuk orang meniaga je. So kena pindah bot.
Camtu la kaedahnya.

Actually benda2 yang dijual dalam 'floating' bot2 kecil tu pun ada jual dekat atas darat jugak. Cuma nak cari kelainan membeli sambil duduk dalam bot dekat peniaga yang duduk dalam bot jugak. Get it?? Hundreds of boats ok. Its a great fun actually. I LIKE!


Canal Ride


The Floating Market



CHATUCHAK MARKET


A very enormous market. The prices substantially cheaper than the other market or street stall in the Bangkok area. Apa yang dijual di sini? Owhh..very huge range..u name it. Clothes, antiques, Thai handicrafts, household accessories, foods, plants, bags and even live animals! (anjing pun banyak doh). bargaining is highly recommended yer. So push up your skills. But anyway to my liking la, i tak berapa suka market ni. In fact i didnt buy anything here. Tak tau nak beli apa. Jalan2 cuci mata jer. Mind you, the market gets veryy hot and humid during the day. A bit uncomfortable to do the shopping actually. So it is suggested you get here early in the morning. Untuk mengelakkan kesesakan orang ramai jugak. Market yang besar ini memuatkan lebih 15,000 gerai dan lebih 200,000 pengunjung setiap hari. So just imagine!



At the market. Ok, sila abaikan previous statement konon tak beli ape2 tuh..ngee~


LAIN-LAIN

Ada banyak lagi attractions lain boleh cari dalam google heheh.
I upload pics jelah yeh.
dah malas la tuh





Naik gajah. Hohoho.




Cobra Show



Visit to a mosque tapi mosque nyer tak nampak



Suvarnabhumi Airport, Bangkok

Ok, that's it. Overall i mmg suka country nih. Makan pun best. Thai cuisine mcm biasa la kat Malaysia pun banyak. Sama je. Halal food should be no problem to find. Price wise also. Shopping, ermm for me so so je la..harga barang memang murah tapi entah la, ranging barangnye not my cup of tea, i guess :) . But its worth visit cuma sekarang ni jangan la pegi Thai tengah rusuhan ni.

Tuesday, August 4, 2009

work, work, work



Wednesday
, 5th August 2009, 5.50 am



Wake up already!!
Malam tadi i tido awal.
So tadi bangun awal pack2 barang jap.

Nak kena ke Melaka ari ni. Stay 1 malam jer.
I hope i can make it home tomorrow.
Tak bole stay lama2.
Bos mintak ada di office hari Jumaat. Ok boss.
Walaupun sebenarnya i tak confident
bole settle keje cepat tapi takpe la.
Kena rush sket.
ok all. Keje elok2 semuaa..

daaa....

Sunday, August 2, 2009

My Life


1. Now is already August. Makin nak hujung tahun memang makin akan sibuk. Bukan sebab nak puasa or raya, tapi menjelang hujung-hujung tahun ni lah peruntukan-peruntukan pembelian buku akan keluar. Senario sama setiap tahun, semua projek nak kena siap sebelum mid Disember. Terkejar-kejar. Sangat memenatkan. Bukan penat secara physically kena angkat kotak ke apa (tu pun can be part of the job jugak) tapi penat pasal nak completekan keje pembekalan. Belum masuk tender lagi kalau ada rezeki dapat.





2. My part-time business yang masihhh tak gerak-gerak sampai sekarang. Oh my, I cuma ada 24 jam sehari, 7 hari seminggu, i got full time job, what do you expect? I came up with loads of plans. Nothing started so far. Great. Whatever.





3. Family vacation this 8th of August. Oh you must be wondering, its a vacation!! I'm supposed to be happy. Entah lah. Travelling is so much fun for me, of course. But there are times when you just take things as the way it is. No more excitement. Nothing sort of it. Times when you just want to follow the flow without really thinking too much of it. Same goes here. No need to worry, I'm not having a breakdown tho. Just need a little break (yes, i need this vacation). After the break, everything will be back to normal, I hope.




4. A decision, a very very important one, to be made. Actually I made up my mind long time ago, but somehow, Allah terlalu sayangkan I. Jadi diturunkan terlalu banyak ujian. Alhamdulillah, it change nothing. Everything just stay the same. Apa pun, I tetap dan masih berdoa. Kalaulah apa yang I rasakan dan lakukan sekarang ini benar dan membawa kepada kebaikan, mudah-mudahan dipermudahkan olehNya.






5. Future plans. Terlalu banyak. Masih tak tercapai. 1 or 2 big plan i hope can be accomplished in 2010. Yup, kadang-kadang kita tak boleh berharap semuanya berjaya dicapai dalam sekelip mata. Beri sedikit masa. As time goes by lah kan. Sedikit-sedikit.









After all, one can only hope right?