Thursday, March 14, 2013

Jakarta Trip


Just came back from Jakarta last week for a work, shopping and spa trip!
All in one..hehehehe..Malas nak citer panjang2...just enjoy the pics ;)

 
Area Senin Raya.

Nasi goreng kambing kebun sireh. It's quite famous actually. My first time try tu pun pasal taxi driver promote. Since my dad sukaaa makan kambing2 nih he insisted to find the place. Rasa? Dont ask me. Masakan kambing yg i suka makan cuma lamb chop jer. hehehe.

 Mi ayam bakso. My fav! hehehe
  
 Ikan gurami
 
Nasi Padang. Here are few nasi padang restaurants that i can recommend to go:
 
Restoran Natrabu - Tak banyak cawangan. Can find one in Sabang area.
 
Restoran Garuda - Also have one in Sabang area. Tapi price mahal dan agak cekik darah.
 
Restoran Sederhana - Ada banyak cawangan and ada cawangan di Sabang area jugak. Harga murah jugak tp tak berapa besar and cantik mcm garuda. Actually ramai Malaysians suka duduk dekat Sabang area. Ada banyak tempat makan dan hotel kat situ. Ada mall jugak. Area ni tak jauh dengan Plaza Indonesia and Hotel Sari Pan Pacific. Make sure book room dulu coz selalu penuh.
 
Restoran Simpang Raya - Our favourite one! Banyak cawangan kat Jakarta & Bandung. Bersih, selesa and the price sangat reasonable. Murah kot.
 
Pesta Buku Islam Jakarta
 
We stay at Oasis Amer Hotel. Area senin raya. First time stay sini.
 
After shopping kat Tanah Abang. I seriously suggest bawak laa luggage bag pegi shopping.
The place is big and crowded.

 Spa kat hotel. Ada banyak sebenarnya pusat spa yg famous kat Jakarta.
Tapi nak jimat masa buat kat hotel je.
 
Airport lounge before fly back to home :)

Friday, February 22, 2013

umrah

Salam,

Dah lamanyaaa i tak menulis kat blog. I guess im not really2 into writing nih. But still, ada benda2 yang i rasa nak tulis or share and documented kan dalam blog..hehehe..actually entry pasal umrah ni dah lama dalam draft. Went there last year. Alhamdulillah, i got the opportunity for the second time in my life to perform Umrah. Somehow rasa susah jugak nak percaya, after 12 years, Allah bagi peluang invite lagi i untuk pegi sana.  So i hope maybe my experience and tips berguna untuk sape2 yg dah ada plan nak ke sana :) 

- I pegi bulan April. Awal2 tahun ni weather agak sejuk di Madinah and biasa2 di Mekah compare tu kalau pegi bulan puasa panas. Cuaca sana agak kering dan berdebu so be prepared.

- Sampai Jeddah around 4pm, Dari Mekah ke Madinah 6 jam, we rent a taxi. i tido sepanjang jalan..sampai2 kul 10 mlm umi kejut bagitahu dah sampai tunjuk kat i Masjid Nabawi, Subhanallah, sgt cantik. Masa tu i macam mamai2 tak pecaya ke rasa eh aku kat Madinah ke skrg?? Hehehe..so check in hotel, terus pegi masjid solat.
 
- My mum and i dpt masuk Raudhah 3 kali. Raudhah cuma dibuka 3 kali sehari utk perempuan. Ada turn actually untuk setiap region tu and usually orang Asia paling last. Memang berebut dan sesak toksah cakap la nak masuk. Tapi sebaknya duk dlm tu. Boleh tgk kiri kanan org menangis sampaikan salam pd Rasulullah saw. Tak boleh nak gambar dgn kata2 tgk makam Rasullullah saw, berada di Raudhah.  One of the happiest moment in my life. Nak describe pun taktau camne lah.
 
- Kalau masuk Raudhah, nak solat sunat kat sana, banyak2 bersabar dan berdoa ok..jgn tolak2 org, jgn langgar org tgh solat. Sabar. I masuk pun bkn terus dpt solat, diri je dulu, berdoa..insyaAllah akan ada ruang untuk solat. Masa 1st day masuk tu pun i tgk org terus pikir, ni biar betul mcmna nak solat?? Tapi umi pesan kat i doa byk2 je dulu..ada masa umi suruh i solat dulu, dia tlg tgk kan supaya org x langgar. And kalau nak berdoa, doa dlm sujud..coz kalau tgh sujud biasa org x rempuh. Boleh buat apa2 solat sunat kat Raudhah. Tp kalau nak buat 2,3 solat x boleh kat tempat yg sama, kena sentiasa move..ada satu hari, i dpt buat solat dhuha, taubat dan hajat kat dlm Raudhah tp pindah2 la. Coz org sgt ramai dan bertolak2. Dalam Raudhah, u will notice, ada sesetengah org suka betul tolak org so dia dpt ke depan. Pls dont do the same. Sabar je byk2. Makam Rasulullah saw dah la dpn mata. Kalau mmg x dpt solat, berdiri dan berdoa pun dah cukup, insyaAllah.

- Setengah hari akan diperuntukkan untuk jemaah buat ziarah sekitar Madinah. Tempat untuk ziarah depends pada travel agent tu yer. Tapi yg pasti Masjid Quba',  Bukit Uhud, ladang kurma mmg akan pegi.


- Miqat bagi jemaah dari Madinah untuk masuk Mekah adalah di Bir Ali. Masa ni jemaah dah kena tukar pakaian ihram. Tempat ni mmg penuh dgn bas2 bawak jemaah. Dari sini bas terus pegi Mekah, check in hotel dan terus selesaikan Umrah malam tu jugak. Macam kitorang dlm pukul 2 pagi jugak baru selesai umrah. For first timer, mutawif akan guide dan lead untuk buat tawaf dan sai'e. The feeling inside dapat tgk Kaabah depan mata memang unimaginable. Tenang. Hilang semua masalah dalam pikiran.

- Di mekah, most of the time mmg spend dekat masjid. Berapa kali nk buat umrah depends pada masing2. Yang baiknya 7 kali. Dulu2 masa i pegi kalau time solat fardhu jemaah perempuan boleh je solat dekat dataran keliling kaabah tu. Now dah x boleh kena masuk dlm masjid. So kaum perempuan, the best time ki rasa pegi masjid awal2 sikit boleh solat depan kaabah.

- Bagi aktiviti membeli souvenir utk yg ditinggalkan, i suggest buat kat Madinah jgn kat Mekah. Coz kat Mekah kita akan agak sibuk sikit beribadat berbanding kat Madinah relaks sikit. Kurma, jubah, sejadah, beli je kat Madinah. Kurma kalau nak beli betul2 byk pegi pasar kurma lagi murah. Tapi kena amik teksi pegi sendiri agen selalu tak bawak. Dah masuk kota Mekah mmg x pikir dah la pasal nak beli2 ni. Tempat beli belah mmg byk and mcm2 ada tp rasa sayang kot masa nak round2 kedai ni. Mostly i beli masa balik masjid ada org jual2 or masa ziarah. Mcm kat Jabal Rahmah byk jer org jual2, so beli jer utk souvenir. Jangan buang masa pegi shopping pulak lama2. Baik duk kat Masjidilharam mengadap Kaabah.

- Dari segi kesihatan, Alhamdulillah, boleh kata sepanjang kat sana and even dah balik sini pun, kesihatan masih baik. Selalu org balik batuk demam biasa la perubahan cuaca. Coz i penah experience pegi Umrah dulu i demam. Bulan puasa masa tu. Memang motivation utk beribadah agak low lah. Kali ni mmg i doa solat hajat byk2 semoga diberi kesihatan yg baik and kelapangan utk beribadah. Alhamdulillah, semua ok. And few days after i balik Umrah period dtg. Syukur la x kena masa kat sana. Tapi apapun, kita kena doa je byk2..kalau dah doa, then Allah bg jugak sakit or period dtg tiba2 ada lah hikmahnya tu. Refer to your mutawif ape nak buat, mintak nasihat.
 
- In the next post, insyaAllah i will share more pics :)




Masjid Nabawi


Masjidilharam
 
 

 

Sunday, July 22, 2012

My new business

Assalamualaikum and salam Ramadhan to all..

Sementara korang boring tunggu waktu berbuka kan apa kata uols click and like this link:

https://www.facebook.com/pages/HOH-House-Of-Hijab/161125680686037?ref=hl

Yupp..i just started new online business recently so please, do support me girls..guys also can :)


 

Wednesday, July 11, 2012

Im still around

Okeyyy so im still around. X hilang kemana. Cuma mood nak menulis memang xde langsung. Plus i hate update blog using ipad. Banyak feature apple x leh accept. Upload pic pun x boleh (or maybe i yg x gheti). Ok chow dulu. See, baru wrote 1 paragraph i dah nak quit, lol. For those yg tgh bekerja kat office sila rajin2 keje. Now i wanna spend some time go shopping with umi :)

Friday, May 11, 2012

Urmm..

Seriously bila depa nak umum PRU yek??? Bukan lah dah x sabar nak mengundi, tapi nak buat plan utk June ni. Kang dah siap2 beli tiket flight tetiba time tu takde kat Malaysia camneeee.. Punah harapan nak vote parti pilihan hahahaha (pilihan la sangattt kan) Kalau boleh x nak la termiss voting but at the same time i really2 nak pegi tempat nih..And the date is already fixed..i got no choice and still have to wait sampai depa umumkan PRU then baru usha tiket. Harap depa umumkan cepat sikit lah. Kang ada bersih 4.0 pulakk..opsss...

Wednesday, April 25, 2012

Wordless Wednesday




Multazam

Dinding Kaabah antara penjuru Hajarul aswad dengan pintu Kaabah.
Antara tempat doa mustajab.

Monday, April 23, 2012

Indonesia Trip (Padang, Bukit Tinggi, Pekanbaru)

Nak citer pasal trip bulan 2 hari tu to Indonesia. Kitorang pegi 4 hari 3 mlm. Tiket ni dah beli since last year lagi, biase la AirAsia promo. Memang murah sesangat sampai by the time nak pegi rasa mcm x nak pegi pun xpe la..haha..i ler tu yg nak x nak je pegi. Penat woo masa tu baru pas out station keje byk..balik out station jumaat mlm baru sampai umah, sabtu pg g buat passport (dah expired dong) then masuk opis settle2 keje..balik umah tido jap, bangun packing terus gerak g KL. Our flight pagi Ahad tu kul 8am. Pagi2 buta pegi Airport.

Flight KL to Padang took about 2 hours. Sampai Padang pagi lagi, my dad terus arrange transportation rent 1 avanza for 4 of us. Terus zass ajak pak supir cari tmpt breakfast.

Mee Ayam + es jeruk. First time makan. Sebelum ni biase g Jakarta/ Bandung xde nampak plak. Rasa sedaappp. Banyak kali makan.


Kedai kerepek christian ape ntah nama pelakon tu. Padang, Bukit Tinggi mmg byk ah perusahaan kerepek2 camni. Tak minat sgt..huhuh..


Jambatan Siti Nurbaya. My parents dok dalam kete je.
 I ngan my sis je beriya keluar amik gambar sume.
Padang ni jauh beza dari Jakarta ye. Kawasan kampung jer..tapi mcm tenang dan damai la. Kitorang x stay overnight pun kat Padang pasal setengah hari dah x tahu nak buat apa. So tengahari tu terus zass pegi Bukit Tinggi. Oh yer, for this trip mcm biasa my dad mmg xde laa nak book apa2 hotel pun. Main terjah je katanya. So it took about 2 hours nak sampai Bukit Tinggi. Masa untuk Tido.


On the way naik Bukit Tinggi dah nak sampai tu tepi2 jalan tu uols akan nampak banyak la kedai2 jual kain. Sambil2 tu boleh stop singgah. Ala pak supir korang tahu la tu. Bukit Tinggi ni konon2 kawasan peranginan atas bukit sejuk cam Cameron Highland tapi nan hado xde sejuknya pun. Barang2 yang dijual, kain sulam Bukit Tinggi yg femes tu, kain telekung sulam, blouse sulam, kebaya sulam.

Kedai makan pun byk we all singgah satu kedai nasi padang yg kekonon femes, lupe ntah name apa tp x best pun. Hik2. Dah sampai atas tu terus zass cari hotel.


On our second day,  pagi2 melawat Lobang Jepang. Kawasan history. Kitorang diri2 amik gambar luar tu. Tourist guide beriya suruh masuk lubang terowong tu, katanya tembus tempat lain tapi x masuk pun.




Jam Gadang. Kat sini ada 1 pasar besar yg jual kain2 and bahan2 makanan mcm kerepek2 tu. Souvenir pun banyak. Boleh la singgah and beli2 sikit.


On our 3rd day. Nak gerak pegi Pekanbaru. Tetiba kena tukar kete lain.


Dari Bukit Tinggi nak ke Pekanbaru amik masa 6 jam. Jauh woo. And jalannya mak ko oii. Bukan highway ok. Masa stop kat kedai makan pak supir tunjuk bukit ni and bagitahu pekanbaru kena rentas bukit tu. woo woo. Tanye pak supir kalau pegi Jakarta naik kete berape lame pulak. Dia jawab 2 HARI. Ah forget it la.

Sampai pekanbaru terus pegi hotel. Kali ni dah siap booking kat Agoda. Kitorang stay kat hotel Pangeran. Best best hotel ni. Siap ada shuttle pegi Airport and ada kete boleh bwk jalan gi tempat2 pelancongan. Last day tu kitorang dah x sewa kete. Pak supir dah lari haha. Malas ah nak citer.

Owhh pekanbaru lebih kurang mcm Jakarta. Bandar besar dan moden. Tempat2 best i x sure sangat. Cuma ada pegi 1 market tu je. Tapi sebenarnya brg2 dijual same je mcm Jakarta. So kalau tanye i, i prefer pegi Jakarta/ Bandung jer. Tapi flight pekanbaru to KL cuma 40 minit jer.


Sepanjang 4 hari tu i beli simkad kat Indon 35k Rupiah untuk masukkan dalam ipad and tahan sampai balik kat Airport pun leh online lagi. Nampak sgt x boleh hidup xde internet.



Okeh that's all about our 4 days 3 nights trip yg i berjaya masukkan semua sekaligus dalam 1 post heheheh..




Sunday, April 15, 2012

Phewww...

It's been a while since i stop writing.

Nobody miss me. Im sure. Heck, even the blog owner didnt miss her own blog. Haha.

Im doing fine now..i guess..things turned pretty well in my life. So blessed. And yeah, just cameback from my Umrah last week, Alhamdulillah. Will blog about it later. My second time performing Umrah actually. The first time was in 2000 when im 17, freshly out from school, after SPM with my whole family..who would have thought, after 12 years, Allah invited me again to be His guest. He always has His own beautiful plan kan?

Ok..i hope i will write again soon..

Wednesday, November 9, 2011

Wordless Wednesday - bff


Such a memorable day!!

Monday, November 7, 2011

Aidiladha

Selamat menyambut aidiladha!

Sorry this post came a bit late. Baru balik dari kampung semalam. This year turn untuk korban di kampung. Meriah jugak la since hampir semua adik beradik belah umi ada. Bezanya ngn raye kat JB kalau kat kg sembelih lembu dpn umah, atuk yg akan sembelih then org kg same2 tolong kerjakan lembu tu pastu masak2 buat kenduri sikit. Kalau kat JB lembu nak korban tu my dad buat kat masjid jer. Pastu amik bahagian sendiri bwk balik umah. Tapi baik di JB atau di kampung dua2 i hepi jer..next year ade satu kg lagi kottt nk kena balik...hihii..

Gambar xleh upload coz upadate dari ipad je. Later2 la. Selamat bekerja pd yg dah naik keje ari ni, like me :(